Nama saya Muhammad Faris Bin Rosli dan saya berumur 18 tahun. Saya anak sulung daripada lima adik beradik dan saya anak kelahiran negeri Kelantan. Pada umur 7 hingga 9 tahun saya bersekolah di S.K. Seri Manjung, Perak dan kemudiannya saya berpindah ke
SK Taman Universiti, Seri Kembangan. Disana juga saya mengambil UPSR dan keputusan peperiksaan saya 3A 2B. Seterusnya saya sambung belajar peringkat menengah saya di S.M.K. Pelabuhan, Kuantan dan hasil saya belajar disana, saya mendapat 6A 2B dalam PMR. Dengan keputusan peperiksaan itu saya menyambung pelajaran saya ke S.M. Teknik Kuantan dan mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal disana. Disana saya mengambil SPM dan keputusan SPM saya adalah 2A, 3A-, 1B+, 1C+, 3C.
Oleh itu, saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute dalam jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimpalan untuk memenuhi minat saya dalam mendalami ilmu bidang kimpalan ini disamping saranan dan nasihat yang diberikan oleh ibu bapa saya tentang peluang kerjaya ikhtisas dalam bidang ini. Selepas menamatkan kursus diploma saya, saya berhasrat untuk melanjutkan lagi pengajian saya di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kimpalan dan Pemeriksaan Kualiti untuk meluaskan lagi peluang kerjaya saya disamping menambah ilmu dan kemahiran saya.
Selepas saya menjadi graduan universiti, saya akan berusaha untuk mencari peluang kerja di syarikat industri seperti Emerson Process Management, Moody International, KNM dan sebagainya. Cita-cita saya untuk menjadi Jurutera Pemeriksa Kimpalan dan Kualiti yang berkaliber dan berdaya saing akan menjadi kenyataan dengan berkat doa ibu bapa dan kerja keras untuk memenuhi kerjaya ikhtisas global disamping membangunkan negara dengan meletakkan taraf bangsa melayu maju setaraf dengan bangsa maju yang lain serta berseteru dengan hasrat kerajaan menjadikan negara Malaysia berpendapatan tinggi. Sekian sahaja serba sedikit mengenai perihal diri saya dan perancangan kerjaya yang saya ingin lakukan.